Manifesto calon Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diumumkan dalam sehari dua lagi selepas hari penamaan calon pada 5 November.
Pengarah Pilihan Rayanya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata manifesto itu antara lain melibatkan tawaran besar kepada rakyat dengan mengambil kira ekonomi semasa.